Saya sungguh hairan dan kecewa dengan sikap orang sekarang….yang merasa malu dan segan untuk mengibarkan bendera Negara…pada masa yang sama berasa bangga meletakkan stiker Manchester fc, Liverpool fc. Dan sebagainya pada kenderaan mereka…sedangkan tidak satu sen pun wang kelab bolasepak tersebut sumbangkan untuk kehidupan mereka..berbanding Tanahair kita ini…yang terlalu banyak jasanya pada kita…janganlah kita termasuk dalam golongan bijak pada lahiriah..tetapi jahil murakab pada pemikiran…renung-renungkanlah peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W ini..
Peristiwa yang berlaku dalam peperangan Uhud , ‘Mush’ab bin ‘Umair telah ditugaskan untuk membawa bendera tentera Islam. Beliau terus membawa bendera itu. Takala kaum Muslim bercerai berai diserang tentera musuh, ia terus memegang bendera tersebut. Lalu datanglah seorang tentera musuh mengendari kuda, melibaskankan pedangnya hingga tangan kanan‘Mush’ab bin ‘Umair putus. ‘Mush’ab bin ‘Umair menyambar Bendera tersebut dengan tangan kirinya. Ia terus bertahann namun tangan kirinya berhasil ditebas oleh orang kafir. Lalu ia menelungkupkan bendera itu di dada dan lehernya.Lalu datanglah serangan yang ketiga. Akhirnya beliau menemui syahid. Tombaknya pun patah. Mush’ab pun tersungkur ke tanah. Bendera pun gugur. Kemudian ia disambar oleh dua orang tentera Islam, Subiith bin Harmalah dan Abu Ruum. Kemudian ia diambil oleh Abu ar-Ruum. Tatkala kaum Muslim kembali ke Madinah bendera itu terus dipegangnya hingga ia memasuki Madinah’. Betapa hebat pengorbanan mereka di jalan Allah!...
Begitulah para Sahabat di Zaman Rasulullah menghormati bendera mereka..Ternyatalah menghormati bendera Negara adalah ajaran Rasulullah..marilah kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan Negara kita ini..Ayuh! tinggalkan pemikiran sempit…
2 comments:
Salam Perjuangan,
Mohon cilok posting saudara nih. Nak tampal kat blog saya.
Saya akan link dan follow blog saudara.
silakan...
Post a Comment