Untuk Mereka Yang Rindukan Penyatuan Ummah Bersatulah Kita Jangan Beri Alasan Lagi

12.8.10

Jangan memandang remeh pada mereka yang banyak berjasa pada watannya..

Dikisahkan dari ulama salaf… ada 3 orang yang menunggu dipintu syurga, mereka adalah Ulama, Mujahid dan Orang Kaya. Mereka saling mempersilakan satu dengan lainnya untuk masuk kedalam indahnya syurga.

Si orang kaya dan ulama mempersilakan kepada Mujahid untuk masuk terlebih dahulu, "Hai, Syahid, silakanlah masuk terlebih dahulu, kerana Allah telah menjanjikan syurga untukmu atas syahidmu kepadaNya."

Tetapi simujahid menolaknya dengan halus, "Maaf, silahkanlah tuan Ulama yang terhormat masuk dahulu, karena saya tidak akan tahu keutamaan dari berjihad tanpa ilmu pengetahuan dari tuan ulama."

Akhirnya mereka mempersilahkan untuk sang ulama untuk memasuki pintu syurga. Tetapi ketika si ulama tadi akan masuk dan melangkahkan kakinya kepintu syurga, tiba-tiba ia kembali mundur dan berkata kepada siorang kaya,

"Hai orang kaya, rasanya engkaulah yang paling layak untuk masuk ke syurga terlebih dahulu, kerana berkat bantuan mu lah dengan membangun rumah-rumah ibadah, sehingga saya memiliki peranan dalam syiar agama. Dan akhirnya si syahid mahu berjihad Itu juga kerana berkatmu."

Akhirnya, jadilah si orang kaya yang masuk ke dalam syurga indah terlebih dahulu.. Subhanallah….






No comments: