Untuk Mereka Yang Rindukan Penyatuan Ummah Bersatulah Kita Jangan Beri Alasan Lagi

18.8.10

apa yang kamu sekalian tidak suka dalam berjemaah (bersatu).... adalah lebih baik dari apa yang kamu suka dalam berpecah...

Setelah Saidina Ali dilantik menjadi khalifah selepas syahidnya Saidina Othman ekoran daripada kekacauan yang ditimbulkan oleh golongan pelampau, para sahabat menuntut khalifah melaksanakan hukuman terhadap pembunuh-pembunuh Saidina Othman. Saidina Ali memberi jawapan bahawa dalam keadaan kekacauan dan perpecahan umat seperti sekarang, beliau tidak mampu melaksanakannya. Beliau meminta tempoh untuk memulihkan keadaan dan memperkukuhkan kekuasaan sebelum dapat menjalankan qisas terhadap pembunuh-pembunuh Saidina Othman. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang sedang berjalan dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruhnya di tangan umat Islam. Kalau perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang sedang berkuatkuasa dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruhnya berada ditangan umat Islam, maka bagaimana pula halnya dalam negara yang mewarisi sistem penjajahan sejak ratusan tahun dalam mana syariat tidak dijalankan disimpang penjajahan pemikiran dan kekuasaan pula berbelah bagi antara Islam dan bukan Islam? Jawapannya sudah tentu bahawa dalam suasana begini perpaduan amat lebih diperlukan.

Dalam rangka mewujudkan perpaduan umat, barangkali kata-kata hikmat daripada Saidina Hasan Bin Ali R.A. ketika menyeru pengikut-pengikutnya bersatu di bawah kepimpinan Muawiyah, boleh dijadikan bahan renungan: “Sesungguhnya apa yang kamu sekalian tidak suka dalam berjemaah (bersatu) adalah lebih baik dari apa yang kamu suka dalam berpecah”.





4 comments:

satriya2020 said...

kenapalah susah sangat PAS dan UMNo nak berpakat?? Padahal kedua-duanya orang Islam..

PAS diketuai oleh ramai ulamak yg faham tentang islam dan isu perpaduan dan silaturrahim serta persaudaraan..Kenapa susuah sgnt nak berpakar dgn UMNO..

Lupakan peristiwa lama...

Nabi pun tak pernah kisah walaupun orang tu pernah menghina, mencaci dan mencederakannya..

Kepada PAS dan UMNO, bersatulah....Orang islam dan melayu dalam bahaya sekarang!!!

"Orang Jelai" said...

betul saudara....saya sangat sedih dalam hal ini...kadang2 saya terpaksa menggunakan segala ilmu agama/politik yg saya ada untuk menerangkan rakan2 PAS tentang bahayanya perpecahan umat dalam kontek negara Malaysia...yg sahihnya selalu berakhir dengan pertengkaran..

Nurun Nur 9111 said...

salam ziarah...:)
saya suka komen saudara di dalam blog http://akhzaman.blogspot.com/2012/01/hanya-untuk-tuan-bean-sejak.html

cara pandang anda lain...

salam perkenalan dari kami...:)

Nurun Nur 9111 said...

salam,

teringin benar saudara mahu tahu tarikat ujian bala yang saya hadapi,tetapi bila sudah ketahui,saudara menjauh...seolah kita bukan lagi bersaudara,seolah terlalu besar dosa saya pada saudara...

sekali lagi,saya hulur salam persaudaraan,sambutlah jika saudara adalah sahabat sesyahadah saya...:)

-Annur-