Untuk Mereka Yang Rindukan Penyatuan Ummah Bersatulah Kita Jangan Beri Alasan Lagi

11.7.09

Pemimpin Malaysia Hargai Dakwah Tabligh...




Jemaah Tabligh membawa hidangan ‘makan sedulang’ untuk dinikmati bersama rakan-rakan pada Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai semalam.

Syukur Alhamdulillah...ada pemimpin Malaysia yang hadir di Ijtimak Dakwah Tabligh sedunia yang berlangsung pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009 di KUARTERS KLIA, sebagai menghargai usaha dakwah mereka menyebarkan syariat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam ke seluruh dunia...saya amat gembira mendengar berita ini walaupaun saya bukanlah ahli jamaah Tabligh...kerana pada pemerhatian saya jamaah Tabligh adalah satu kumpulan yang berada "di jalan yang lurus" dalam menyubur dan mengembangkan syariat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam...

Berhentilah kita melemparkan komen-komen negatif kepada jamaah mereka...hanya kerana seorang dua dari jamaah mereka yang "tersasar" dari landasan dakwah.... Berhentilah kita menghentam mereka dengan fatwa-fatwa dan dalil-dalil syarie mengikut tafsiran kita...mahupun dalil-dalil ayat Al-quran yang hanya dipandang pada zahir ayat!!....hanya kerana jamaah mereka tidak menyokong parti politik kita!!!...


Semoga jammaah Tabligh seluruh dunia dirahmati Allah....


Dato Seri Mohd Najib sedang bersalaman dengan Jamaah Tabligh

Dato' Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia sedang diberi taklimat oleh Jamaah Tabligh

Berita dari BERNAMA ONLINE.

NILAI 11 Julai 2009 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 1.30 petang dan sejurus tiba beliau dibawa ke sebuah khemah khas berhawa dingin dan kemudian diberi taklimat oleh anggota Syura Malaysia Sheikh Mohamad Sheikh Ali mengenai perhimpunan itu.

______________________________________________________________

Berita dari UTUSAN ONLINE.

NILAI 11 Julai 2009- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.
Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.




No comments: