Untuk Mereka Yang Rindukan Penyatuan Ummah Bersatulah Kita Jangan Beri Alasan Lagi

16.7.09

We Will Not Go Down (song for Gaza, Palestine)...

Pertama kali mendengar lagu "we will not go down" oleh Michael Heart ni...terkejut jugak ingatkan suara Don Henley ke...Bryan Adam ke...Daughtry ke...rupanya suara Michael Heart...sebelum ini saya pun tidak pernah mengenali penyanyi ini...saya sangkakan lagu "we will not go down" ni lagu pop/rock yang biasa kita dengar selalu....setelah saya amati lirik lagunya...ia adalah sebuah lagu mengenai Gaza, Palestin...dengan erti kata lain menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Zionis...berdiri bulu roma saya mengamati bait-bait lirik lagu ni.....seperti "You can burn up our mosques and our homes and our schools...But our spirit will never die"... klik untuk mendownload lagu ini..





Michael Heart dibesarkan di Switzerland dan Austria dan bermastautin di Los Angeles semenjak 1990...beliau sudah lama terlibat dalam dunia muzik dan pernah bekerja dengan artis-artis terkenal dari Barat seperti Will Smith, Toto, Natalie Cole, The Temptations, Phil Collins, Patty LaBelle, The Pointer Sisters, Earth Wind & Fire, Ricky Lee Jones, Lou Rawls, Jesse McCartney, Hillary Duff, Jessica Simpson, Jennifer Paige, Al Jarreau, K-Ci & Jojo, Deborah Cox, Monica, Taylor Dayne, Keiko Matsui, Steve Nieves, Luis Miguel and Tarkan. Michael Heart banyak mencipta lagu mengenai tajuk yang serius. Namun pada Januari 2009 Michael Heart mengejutkan dunia muzik barat dengan lagu "we will not go down" yang menyokong perjuangan rakyat Palestin....lebih sejuta pengunjung mengunjungi You Tube untuk melihat video klip lagu ini...Begitulah Allah membangkitkan kesedaran kebenaran di Palestin...walaupun orang Yahudi sering membohongi masyarakat barat..
____________________________________________________________________
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit
up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight






11.7.09

Pemimpin Malaysia Hargai Dakwah Tabligh...




Jemaah Tabligh membawa hidangan ‘makan sedulang’ untuk dinikmati bersama rakan-rakan pada Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai semalam.

Syukur Alhamdulillah...ada pemimpin Malaysia yang hadir di Ijtimak Dakwah Tabligh sedunia yang berlangsung pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009 di KUARTERS KLIA, sebagai menghargai usaha dakwah mereka menyebarkan syariat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam ke seluruh dunia...saya amat gembira mendengar berita ini walaupaun saya bukanlah ahli jamaah Tabligh...kerana pada pemerhatian saya jamaah Tabligh adalah satu kumpulan yang berada "di jalan yang lurus" dalam menyubur dan mengembangkan syariat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam...

Berhentilah kita melemparkan komen-komen negatif kepada jamaah mereka...hanya kerana seorang dua dari jamaah mereka yang "tersasar" dari landasan dakwah.... Berhentilah kita menghentam mereka dengan fatwa-fatwa dan dalil-dalil syarie mengikut tafsiran kita...mahupun dalil-dalil ayat Al-quran yang hanya dipandang pada zahir ayat!!....hanya kerana jamaah mereka tidak menyokong parti politik kita!!!...


Semoga jammaah Tabligh seluruh dunia dirahmati Allah....


Dato Seri Mohd Najib sedang bersalaman dengan Jamaah Tabligh

Dato' Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia sedang diberi taklimat oleh Jamaah Tabligh

Berita dari BERNAMA ONLINE.

NILAI 11 Julai 2009 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 1.30 petang dan sejurus tiba beliau dibawa ke sebuah khemah khas berhawa dingin dan kemudian diberi taklimat oleh anggota Syura Malaysia Sheikh Mohamad Sheikh Ali mengenai perhimpunan itu.

______________________________________________________________

Berita dari UTUSAN ONLINE.

NILAI 11 Julai 2009- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.
Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.




10.7.09

Terkenang "Tragedi Natrah"..

Natrah dan ibunya Che Aminah

Waktu tengahari tadi saya terbaca berita mengenai Bertha hertogh ataupun Natrah telah meninggal dunia di Huijbergen, Belanda pada 7-7-2009. beliau di laporkan meninggal dunia akibat leukimia pada usia 72 tahun...

Berita ini membuatkan saya termenung sejenak kerana cerita Bertha Hertogh@Natrah atau lebih dikenali dengan “Tragedi Natrah” ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya sebagai seorang Islam walaupun “Tragedi Natrah” ini berlaku bukan pada zaman saya....tapi saya pernah mengikuti “Tragedi Natrah” ini melalui buku dan TV....

Kepada generasi baru mungkin ramai yang tidak mengetahui peristiwa ini yang mana umat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah. Di sini saya paparkan serba sedikit cerita mengenai “Tragedi Natrah” untuk tatapan para pengunjung Blog ini….

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Natrah bersama ibunya Che Aminah

Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.


1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.


19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.


12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.


22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura


24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura


28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.


19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.


28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill


1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.


2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.


12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.



Petikan Akhbar mengenai rusuhan umat Islam di Singapura
Umat islam berdemontrasi membantah usaha memurtadkan Natrah

umat Islam Tanah Melayu(Singapura) merusuh kerana
mempertahankan akidah Natrah.


12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu. Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.


Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.


25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah


20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.


1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.


26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.


20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.


15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.


20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.


3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.


25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.


16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.


26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.


1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an


Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.


1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans


1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.



15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.


buku yang mengisahkan "Tragedi Natrah"


Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.





7.7.09

Yusuf Islam...Road Singer..



Yusuf Islam seorang penyanyi rock Britain terkenal tahun 70-an yang telah memeluk Islam...muncul dengan album dakwah yang terbaru berjudul "Road Singer". Lagu-lagu terbarunya boleh didownload di Amazon.com...(tapi kena bayar lar...kita bantu orang dakwah)..lagu-lagunya ternyata menyentuh jiwa dengan lirik yang penuh bermakna...

Yusuf Islam(Cat Steven) sebelum memeluk Islam

semasa awal menyebarkan dakwah

Yusuf Islam...kini..
Nampaknya Yusuf Islam telah mengubah penampilan dakwahnya dalam mendekatkan masyarakat di Britain khasnya dengan fahaman Islam....mungkinkah Yusuf Islam telah terjun ke alam sufi???....Saya teringatkan kisah wali sembilan(wali songo) semasa menyebarkan Ajaran Islam di Nusantara ketika itu kebanyakkan penduduk Nusantara beragama Hindu...pendekatan inilah yang mereka gunakan...bermain muzik,wayang kulit dan sebagainya sebagai medium meyampaikan Islam....dan akhirnya dengan kebijaksanaan Wali Songo ini hampir keseluruhan penduduk Nusantara memeluk Islam. Jasa dan Pahala mereka sangatlah besar disisi Allah..

Renunglah pada diri kita..dengan gerakan@parti yang nampak gah dipandangan mata membawa Islam...berapa orangkah yang berjaya kita Islamkan....tanyalah pada diri kita...mengapa??....

4.7.09

Ahlul Bait....Good news for Shariff, Sayyid, Habib...Family tree DNA..




For almost 1,600 years, the title Sharif, Sayyed, or Habib has been bestowed on Muslims who have been able to trace their roots back to the Prophet Mohammed through intricate family trees, oral histories and genealogical records. But now an American DNA lab says it may have identified the DNA signature of descendants of the Prophet Mohammed, and perhaps the prospect of a direct, more accurate means of confirming or identifying such a connection.

Family Tree DNA, a genealogy and genetics-testing company in Houston, Texas, says it made the discovery after several clients, reputed by oral family histories and some supporting documentation to be descended from the Prophet Mohammed, asked to have their paternal DNA sequences mapped.

sabda rasullullah saw -'mereka (ahlul bait) adalah keturunanku,dicipta dari darah dagingku dan dikurnia pengertian serta pengetahuanku. celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. kepada orang-orang seperti ini ALLAH SWT tidak akan menurunkan syafaatku(pertolonganku)'... riwayat Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam r.a.