11.8.14
Dalam
masalah menyadur logam dengan emas, pandangan mazhab-mazhab lebih
kurang mcm ni;
Mazhab Hanafi; bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan
jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas.
Mazhab Syafiie; harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan
perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari
bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas
yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram
menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie jugak jika bekas emas atau perak
disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi
kebanggaan emas padanya.
Mazhab Hanbali; bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan
sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika
berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi
kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas
tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu.
D) Mazhab Maliki; Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas
kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas.
(al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni
al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr
al-'Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).
No comments:
Post a Comment