Untuk Mereka Yang Rindukan Penyatuan Ummah Bersatulah Kita Jangan Beri Alasan Lagi

7.11.09

Umat Manusia Diasak Dengan Produk Dari Babi..

How many products are made with pig parts?....


Bonsai.



"BONSAI" (disebut bonzai) iaitu amalan menanam satu spesies pokok di dalam pasu mula bertapak di China lebih seribu tahun yang lalu. Ia kemudian berkembang ke Jepun dan pada peringkat awal, ia hanya menjadi bahan hiasan kediaman mewah golongan elit sebelum tersebar dalam kalangan masyarakat umum negara itu.

Di negara matahari terbit itu juga, seni bonsai mempunyai kedudukan yang tinggi dan dianggap sebagai simbol kebudayaan dan keunggulan.

Seni bonsai juga turut mempunyai peminat yang ramai di Korea di mana ada yang mengusahakannya sebagai seni taman yang begitu indah dan menakjubkan.

Di Malaysia, meskipun seni bonsai lazimnya dikaitkan dengan masyarakat Cina tetapi sudah ada peminat bonsai daripada masyarakat etnik lain yang aktif menceburi bidang seni yang unik ini.

Saya mula meminati bonsai semenjak di bangku sekolah lagi. Setiap kali saya melihat pokok bonsai...saya mesti terpaku dengan keindahannya. Semasa saya menyewa rumah di Taman Hijrah, Batu Kurau... kebetulan jiran di hadapan rumah saya "Sham" meminati bonsai. Di rumahnya terdapat beberapa pokok bonsai hasil dari bentukkan tangannya sendiri.Dari sinilah saya mula iaitu tahun 2003 mengenali species-species pokok yang boleh dibuat bonsai dan belajar membentuk pokok bonsai. Hingga kini pokok bonsai telah melekat dijiwa saya dan ianya menjadi hobi untuk mengisi masa lapang saya. ....baca seterusnya...

5.11.09

Japanese Koi Fish



Setelah siap kolam air terjun, saya dicadangkan oleh pembina kolam tersebut supaya
memelihara ikan koi Jepun. Cadangan asal saya nak masukkan ikan sungai Malaysia jer... Pembina kolam tersebut mencadangkan saya membeli ikan koi Jepun di Bukit Tambun, Pulau Pinang untuk mengelakkan ditipu oleh peniaga ikan Koi. Tan Guan Hai adalah seorang peminat ikan Koi dan beliau mengimport sendiri ikan Koi dari Jepun. Harga anak ikan Koi(3 inci) ialah RM150.00 seekor.Bermulalah cinta saya pada ikan Koi. kini saya mempunyai 26 ekor ikan Koi Jepun dan 2 ekor ikan Koi lokal. Kepada sesiapa yang berminat untuk memelihara ikan Koi...cubalah...pasti anda akan terpikat dengan keunikkannnya....baca seterusnya Japanese Koi fish...