Untuk Mereka Yang Rindukan Penyatuan Ummah Bersatulah Kita Jangan Beri Alasan Lagi

9.6.15

51 CATATAN TENTANG RASULULLAH SAW

(51 CATATAN TENTANG RASULULLAH SAW)
1. Rasulullah SAW diutus sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.
----------------------
2. Rasulullah SAW wafat semasa berusia 63 tahun.
----------------------
3. Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah SAW.
----------------------
4. Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah SAW.
----------------------
5. Usamahb bin Zaid adalah pencinta Rasulullah SAW.
----------------------
6. Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahasia Rasulullah SAW.
----------------------
7. Zubir bin awwam adalah golongan penyokong Rasulullah SAW.
----------------------
8. Rasulullah SAW lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.
----------------------
9. Tahukah anda Isteri Baginda berjumlah 13 orang.
----------------------
10. Cucu Baginda adalah Hassan dan Husain.
----------------------
11. Tahukah anda Rasulullah SAW telah berperang sebanyak 27 kali.
----------------------
12. Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.
----------------------
13. Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW.
----------------------
14. Tahukah anda nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah SAW.
----------------------
15. Tahukah anda Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah SAW.
----------------------
16. Tahukah anda Maria Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikawini Rasulullah SAW.
----------------------
17. Tahukah anda nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah SAW.
----------------------
18. Tahukah anda kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu keatas Rasulullah SAW.
----------------------
19. Tahukah anda Ali bin Abi Tolib, Othman bin Affah, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah SAW.
----------------------
20. Tahukah anda Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah SAW.
----------------------
21. Tahukah anda Fatimah binti Amru Al-Makhzumi adalah nenek kepada Rasulullah SAW disebelah ayah Baginda.
----------------------
22. Tahukah anda Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah SAW.
----------------------
23. Tahukah anda A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah SAW ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif.
----------------------
24. Tahukah anda Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab.
----------------------
25. Tahukah anda Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah SAW galakkan perempuan mempelajarinya.
----------------------
26. Tahukah anda Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah SAW.
----------------------
27. Tahukah anda kumpulan tentara Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah SAW di kawasan tepi pantai.
----------------------
28. Tahukah anda Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah SAW.
----------------------
29. Tahukah anda peperangan pertama yang Rasulullah SAW hadapi adalah peperangan Al-Abwa’.
----------------------
30. Tahukah anda Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah SAW pada peperangan Uhud.
----------------------
31. Tahukan anda Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW.
----------------------
32. Tahukah anda Rasulullah SAW telah meninggalkan 9 orang isteri.
----------------------
33. Rasulullah SAW berkawin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah, Baginda saja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkawin diatas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kawini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah saja dari kalangan anak dara. inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.
----------------------
34. Tahukah anda Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah SAW.
----------------------
35. Tahukah anda Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah SAW disebelah ibunya.
----------------------
36. Tahukah anda Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda SAW adalah Umu Salamah.
----------------------
37. Tahukah anda anak perempuan Baginda SAW pertama yang meninggal dunia adalah Ruqiyah.
-----------------------
38. Tahukah anda siapakah Isteri Rasulullah SAW, Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasul Junjungan kita.
----------------------
39. Abi bin Khalaf adalah orang tunggal yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW. Walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam.
----------------------
40. Tahukah anda Rasulullah telah memulakan perjalan Isra’ bermula dari rumah Ummu Hani’.
----------------------
41. Tahukah anda sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.
----------------------
42. Tahukah anda Baginda SAW dikafankan dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, yaitu isteri bapak saudaranya Abu Talib. Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah SAW.
----------------------
43. Tahukah anda Rasulullah SAW telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah R.A.
----------------------
44. Betapa besarnya kesan peperangan Uhud kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah SAW.. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan.
----------------------
45. Tahukah anda Rasul Junjungan telah melakukan sholat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.
----------------------
46. Tahukah anda wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari.
----------------------
47. Tahukah anda Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah SAW oleh Al-Qauqas.
----------------------
48. Tahukah anda Rasulullah SAW telah membagikan bulan Ramadhan kepada 3 bagian: Dipermulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Diakhir Ramadhan adalah Perlindungan dari api neraka?.
----------------------
49. Tahukah anda diantara umrah yang telah Rasulullah lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji.
----------------------
50. Tahukah anda ibu Rasul Junjungan meninggal di Al-Abwa’ suatu tempat diantara Mekah dan Madinah.
----------------------
51. Tahukah anda rekan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah SAW di Mekah adalah As Saib bin Abi Saib.

_Oleh Tuak Ilahi_

30.8.14

Suatu hari, di depan Rasulullah ﷺ Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komentar apa-apa. Para sahabat kehairanan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu. Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lalu di hadapan majlis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, “Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah.” Nabi hanya berkata, “Aku lihat ada bekas sentuhan syaitan di wajahnya.”

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, “Bukankah kalau kamu datang di satu majlis kamu merasa bahawa kamulah orang yang paling solleh di majlis itu?”
Sahabat yang ditanya menjawab, “Allahumma, na’am. Ya Allah, memang begitulah aku.” Orang itu lalu pergi meninggalkan majlis Nabi.
Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, “Siapa di antara kalian yang mahu membunuh orang itu?” “Aku,” jawab Abu Bakar. Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, “Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Ia sedang ruku’.” Nabi tetap bertanya, “Siapa yang mahu membunuh orang itu?” Umar bin Khaththab menjawab, “Aku.” Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, “Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?” Nabi masih bertanya, “Siapa yang akan membunuh orang itu?” Imam Ali bangkit, “Aku.” Ia lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, “Ia telah pergi, ya Rasulullah.” Nabi kemudian bersabda, “Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalku….”

11.8.14



bab suasa ni kalau emas tu kurang dari campuran lain dan dah takleh pisah, maka jadi hukum harus
kalau emas tu lebih dari cmaouran logam lain jadi haram... maksudnye sampai tak kelihatan kilauan emas yg membanggakan tu.

Dalam masalah menyadur logam dengan emas, pandangan mazhab-mazhab lebih kurang mcm ni; Mazhab Hanafi; bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas. Mazhab Syafiie; harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie jugak jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya. Mazhab Hanbali; bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu. D) Mazhab Maliki; Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas. (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr al-'Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).



Assalamualaikum wbt. Wahai org islam,dalam segi hukum fiqh syafie, mmg haram memegang/menyentuh anjing suka suka, kategori najis berat, melainkan terpaksa/darurat seperti nak tolong ka tersentuh ka, ketika tu barulah kalau kering tkyah samak, basah wajib samak. Hat ni dah rupa suka-suka. Bela suka suka sbg binatang peliharaan bukan atas tujuan memburu ka jaga keselamatan ladang, kawasan juga haram, kurang pahala satu qirot setiap hari berdasarkan hadith. Ini kes Tak paham hukum namanya. Lenkali nak sembang biar faqih hukumnya sesungguh. Sembang hal agama ikut suka ikut paham sendiri dah rupe nak reka agama sendiri.
Jgn memandai sembang hukum dan syariat berdasarkan akal. Rujuk ulama kalo tak reti hukum. Akhir zaman mmg dah dikhabarkan org tak faqih dan jahil akan reka reka hal agama dan keluar hukum dan kefahaman ikut suka ikut akal takda panduan nas tsiqah. Haram beristihan. Berfatwa mengalahkan ulama, mengalahkan nabi saw, sampai kait bab bangsa plak. Mcm2.
Soalan saya :-

A. Saya bagi contoh. Kamu tak pernah tgk Nabi SAW solat, jadi kamu rujuk sapa untuk tahu bagaimana Nabi SAW solat?

B. Kamu terima Al-Quran dan hadith dari siapa? orang yang mengajarkan kamu al-quran dan hadith lagi paham dari kamu atau kamu lagi paham dari dia? jadi kenapa kamu taknak amik faham dia ?

C. Ulama istinbat hukum berlandaskan apa kalau bukan al-quran dan hadith?

salah satu dalil sbg contoh ulama keluar hukum berlandaskan nas, Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau saw bersabda (terjemahan),"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis sampai Nabi SAW tak mai ke rumah tu.

Tak tahu tanye, bukan mereka-reka.

D. Apa syarat layak takwil al-quran dan hadith dan berapa cabang ilmu yg diperlukan untuk takwil al-quran dan hadith sendiri yang kamu dah kuasai? Al-quran hafal dak? berapa ribu hadith kamu kenal,reti, faham dan hafal?

E. Ni bukan kes menghina. ini kes tak hormat hukum. Nabi SAW sendiri kabor orang buat perkara sesat kerana jahil. jahil sesorang takpa, tapi ini dah jahil ajak orang ikut fahaman jahil mcm kamu. Lebih elok jahil yg sedor jahil dan elak menzahirkan perbuatan jahil HINGGA MENIMBULKAN FAHAMAN YANG DIFITNAHKAN ATAS NAMA ALLAH DAN RASULNYA seperti kamu sedang buat ini. tahu tak bape berat dosa tu?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-

Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku .

Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke Neraka.

(H.Riwayat : Imam Turmizi R.A daripada Ibnu Abbas R.A )

Firman Allah Ta'ala (terjemahannya) :-

Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli dzikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui .

Surah An-Nahl, Ayat ke 43.

Dalil wajib taqlid ulama` itu ialah Firman Allah Ta`la :-

Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli dzikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui .

Maka wajib kita niat taqlid akan mana-mana satu daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya . Dan tiada harus lagi tiada sah taqlid akan ulama yang lain daripada yang empat itu kerana kita tiada mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun cara mazahab yang lain itu , kerana mereka tiada mengarang kitab-kitab yang boleh kita berpegang dengan dia.

Tersebut didalam kitab : Tanwir Qulub Ms : 397 :- Maka barang siapa mengerjakan ibadat yang bersalahan Ulama pada sahnya daripada tiada taqlid bagi mazhab yang mengatakan sahnya nescaya wajib diulanginya.(khada`)

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat.” (al-Araf 175)

Rasulullah S.A.W sempat membimbangkan tiga hal yang akan terjadi pada umatnya. '' Aku tidak membimbangkan umatku kecuali tiga hal,'' sabda Rasulullah. ''Pertama, keduniaan berlimpah, sehingga manusia saling mendengki. Kedua, ORANG-ORANG JAHIL YANG BERUSAHA MENAFSIRKAN AL-QURAN DAN MENCARI-CARI TA'WILNYA orang-orang jahil yang berusaha menafsirkan Al-Quran dan mencari-cari ta'wilnya, padahal tak ada yang mengetahui ta'wilnya kecuali Allah. Ketiga, ALIM ULAMA DIABAIKAN DAN TIDAK DIPEDULIKAN OLEH UMATKU.' (HR Thabrani).

Saidina Ibn Umar r.a. berkata: “Ilmu itu adalah agama dan solat itu adalah agama. Maka, LIHATLAH DARI MANA KAMU MENGAMBIL ILMU INI DAN BAGAIMANA KAMU SOLAT DENGAN SOLAT INI kerana kamu akan dipertanyakan di hari Akhirat”(riwayat Imam Ad-Dailami)

Jadi hat perintah Allah dan RasulNya bab ikut ulama kamu tak laksanakan, kemudian kamu nak ajar org lain takwil al-quran sendiri? sedangkan bahasa arab pasar kamu jahil, belom lagi arab quraisy Al-Quran, nahunya, sarafnya etc. kamu bawa ajaran ape benornye?
1.                         takda hina yg memegang dan membela anjing. tapi salah tetap salah. hukum tetap hukum.

2. soalan pon tak dapat jawab, dalil saya bagi pon kamu sanggah ikut suka takda jalan ilmu, tanda kamu jahil dan beragama ikut hawa nafsu, kamu berasa kamu benar, bukan mencari kebenaran, itu ja pon. hat tu jeleh. moga ni tauladan utk kita semua.
2.                         satu dalil sbg contoh ulama keluar hukum berlandaskan nas, Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau saw bersabda (terjemahan),"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis sampai Nabi SAW tak mai ke rumah tu.

adakah itu tanda nabi saw menghina??

Rasulullah S.A.W sempat membimbangkan tiga hal yang akan terjadi pada umatnya. '' Aku tidak membimbangkan umatku kecuali tiga hal,'' sabda Rasulullah. ''Pertama, keduniaan berlimpah, sehingga manusia saling mendengki. Kedua, ORANG-ORANG JAHIL YANG BERUSAHA MENAFSIRKAN AL-QURAN DAN MENCARI-CARI TA'WILNYA, padahal tak ada yang mengetahui ta'wilnya kecuali Allah. Ketiga, ALIM ULAMA DIABAIKAN DAN TIDAK DIPEDULIKAN OLEH UMATKU.' (HR Thabrani).
3.                         Haram disisi islam. Bukan disisi saya. Halal disisi kamu bukan halal disisi islam. Nak kenal islam pon melalui ulama. Ni bukan kes hina, haq tetap haq bathil tetap bathil. Kamu nak org puji kamu betui hat tu yg kamu suka. Nabi saw kabor katekan yg benar walau pahit

26.7.14



Andai hati sebening kaca, pasti jiwa tiada noda...
Andai sikap selembut sutra, santun kata tiada terlupa...
Andai mulut berkata mulia, tiada hati yang kan terluka....
Namun manusia tiada yang sempurna,hanya maaf yang ikhlas menghapuskan dosa....
Lenturkan hati dengan kemaafan..
Cerahkan jiwa dengan cinta...heningkan HATI dengan dzikir....
tetapkan langkah dengan syukur... sucikan HATI dengan tafakur....
lalui hari dengan senyum...
lenturkan HATI dengan permohonan maaf....
Tinggi hati sebagai makhluk yang tak kenal "diri"...
Nilai yang akan kita dapat atas kehidupan adalah rugi.....
Tenggelam dalam "ilmu" dengan tenggelam dalam "amal" adalah sesuatu yang berbeza...hasil dari tenggelam dalam "ilmu" ialah produk yang boleh "diduitkan"...tetapi hasil dari tenggelam dalam "amal" ialah produk "nurani" yang tidak boleh "diduitkan", inilah REZEKI TERINDAH...

9.7.14

Apakah ini aku...

Bila berjanji...ia mungkiri
bila bercakap...ia bohong
bila menulis...ia berdusta
bila berhutang...ia lari
bila kaya...ia sombong
bila senyum...ia palsu
bila bergurau...ia celupar
bila berbincang...ia mengumpat
bila gaji...ia tak bersyukur
bila disuruh...ia ingkari
diberi akal...ia rosakkan
diberi rahsia...ia bocorkan
diberi amanah...ia khianati
diberi kuasa....ia salah guna
diberi pangkat....ia menindas
diamanahkan harta...ia gelapkan
diberi peluang...ia lepaskan
diberi ilmu....ia abaikan
diberi buku...ia simpan
diberi musibah...ia salahkan orang lain